Home » » Bendera Malaysia berkibar megah bersama bendera HAMAS di tengah ribuan rakyat Gaza yang keluar meraikan kemenangan HAMAS.

Bendera Malaysia berkibar megah bersama bendera HAMAS di tengah ribuan rakyat Gaza yang keluar meraikan kemenangan HAMAS.

Written By canang on Rabu, 27 Ogos 2014 | 8/27/2014 05:47:00 PTG

 Bendera PAS pun ada, hahaha..


Bendera Malaysia berkibar megah bersama bendera HAMAS di tengah ribuan rakyat Gaza yang keluar meraikan kemenangan HAMAS. Kegembiraan jelas terpancar!
Rakyat Palestin beramai- ramai menyambut kemenangan mereka dalam peperangan kali ini.
Gaza: "Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan Israel, petang tadi (malam tadi waktu Malaysia).
Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman."Saya juga bersama-sama dengan rakyat Gaza turun di jalanan berhimpun sambil memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.
"Rata-rata rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan takbir serta munajat kepada Tuhan.

"Ada di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi sebagai tanda kesyukuran.
"Biarpun peperangan kali ini mengorbankan ribuan nyawa, namun kejayaannya begitu manis kerana Israel akur dengan syarat yang diletakkan Hamas. Itu yang paling utama," katanya selepas dihubungi Harian Metro, di sini, awal pagi tadi.

Mengikut maklumat oleh beberapa agensi berita antarabangsa, Israel akhirnya mengalah dalam peperangan dan memberikan persetujuan `gencatan senjata tanpa had' yang sekali gus menamatkan peperangan tujuh minggu di Gaza.

Pegawai kanan Israel memberitahu: "Kami sudah menerima cadangan yang diusahakan oleh Mesir, termasuk menamatkan peperangan ini."

Mesir dalam satu kenyataan di Kaherah mendakwa antara dipersetujui adalah membuka sempadan antara Israel dan Gaza untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Difahamkan, kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel akan kembali ke meja rundingan sebulan selepas ini.
Takbir, ALLAHU AKBAR !!!
Share this article :

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Tercari2 juga bendera Keris Terlanjang dan Bendera Dacing Biru dalam ribuan bendera yang dijulang. kecewa sungguh tak jumpa satu pun.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger