Home » » Kemenangan HAMAS di Gaza adalah Kemenangan Seluruh Umat Islam

Kemenangan HAMAS di Gaza adalah Kemenangan Seluruh Umat Islam

Written By canang on Khamis, 28 Ogos 2014 | 8/28/2014 12:22:00 PG




Kemenangan HAMAS di Gaza adalah Kemenangan Seluruh Umat Islam
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." [Surah Al-Ahzab: 33]
Alhamdulillah berakhirnya bulan Syawwal dan masuknya bulan Zulkaedah diserikan dengan kemenangan dengan tercapainya perjanjian damai antara HAMAS dan Regim Zionis Israel yang memaksanya tunduk dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh HAMAS.
Perang Gaza yang terbaru ini adalah perang yang paling lama disertai oleh Zionis Israel yang berlalu selama 52 hari. Dalam perang-perang sebelum ini menentang negara-negara Arab; Zionis Israel telah berjaya menakluk Baitulmaqdis, Bukit Golan, Sinai dan lain-lain lagi. Akan tetapi dalam perang menentang HAMAS di Gaza tentera Zionis Israel tidak berjaya menawan walaupun seinci bumi Gaza.
Kemenangan ini bukan sahaja kemenangan bersejarah HAMAS ke atas tentera Zionis Israel tetapi ianya juga adalah kemenangan kepada seluruh umat Islam.
Kemenangan ini InsyaAllah akan membuka satu lembaran baru ke arah pembebasan bumi Palestin secara keseluruhannya.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi PACS,
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger