Home » » Ketua Polis Negara bekerja hanya untuk UMNO-BN?

Ketua Polis Negara bekerja hanya untuk UMNO-BN?

Written By canang on Ahad, 15 Mac 2015 | 3/15/2015 03:55:00 PTG




KUALA LUMPUR, 15 MAC: Tindakan polis menahan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong termasuk aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat adalah bukti jelas bagaimana badan penguatkuasaan itu telah menyalahguna kuasa mereka demi kepentingan pihak tertentu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pihak polis yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar kini jelas lebih cenderung menjadi polis kepada UMNO-BN dan bukan lagi rakyat.
“Saya ingin bertanya kepada Khalid, adakah beliau Ketua Polis Negara (KPN) untuk UMNO-BN atau rakyat?
“Jika Khalid adalah KPN hanya untuk UMNO-BN, baik dia minta UMNO-BN saja yang bayar gajinya dan bukan lagi dari Parlimen,”kat Kit Siang dalam satu kenyataan.
Teo Kok Seong yang juga Ahli Parlimen Rasah semalam telah ditahan selepas beliau dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi berikutan penglibatannya dalam Himpunan Kita Lawan baru-baru ini.
Beliau telah ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Teo adalah mangsa keenam selepas Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Angkatan PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa dan Bendahari Pemuda PAS Fakhulrazi Mokhtar.
Pada hari yang sama semalam, aktivis Adam Adli dan Ahli Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh turut ditahan di luar perkarangan pusat beli belah Sogo kerana meneruskan himpunan mingguan Kita Lawan.
Difahamkan, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula akan menjadi mangsa seterusnya.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menggesa Khalid menjelaskan mengapa pimpinan UMNO-BN seperti Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri serta yang lainnya tidak pernah langsung ditahan walaupun terbukti telah melakukan kesalahan.
“Mengapa Ismal Sabri yang membuat hasutan perkauman kepada masyarakat Melayu supaya memboikot perniagaan orang-orang Cina tidak dikenakan tindakan?
“Bagaimana pula dengan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim yang berbohong dengan kenyataan menghasut bahawa orang Cina di Kedah telah membakar helaian Al-Quran?
“Mengapa pemimpin UMNO Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang menghasut kebencian, ketegangan dan konflik antara kaum apabila mendakwa kejayaan Kerajaan Negeri adalah berpunca dari perniagaan haram serta jenayah orang Cina tidak ditahan?
“Kenapa individu-individu ini tidak pernah ditahan reman walau untuk satu malam di atas kesalahan yang mereka lakukan” soal Kit Siang. – Roketkini.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger