Home » » Jho Low: Saya Jadi Kambing Hitam Terhadap Kegagalan 1MDB

Jho Low: Saya Jadi Kambing Hitam Terhadap Kegagalan 1MDB

Written By canang on Rabu, 13 Mei 2015 | 5/13/2015 09:47:00 PG


Ahli perniagaan, Low Taek Jho berkata beliau dijadikan kambing hitam terhadap kerugian yang dialami syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menerusi reaksi pertamanya kepada umum selepas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low berkata beliau tidak pernah terlibat dalam 1MDB, selain dari menawarkan nasihat kepada entiti Timur Tengah ke atas syarikat pelaburan strategik.
“Saya tidak menguruskan 1MDB. Saya tidak mengawal 1MDB. Saya tidak buat apa-apa keputusan untuk 1MDB, tetapi jika mana-mana entiti Timur Tengah yang saya tahu mahu mendapatkan pandangan saya, saya akan berikan.
“Dan, jika mereka mahu terlibat dengan 1MDB, itu hak mereka,” katanya kepada majalah Euromoney dalam temu bual eksklusif yang disiarkan dalam edisi April.
Berhubung serangan terhadap gaya hidup mewah dan amalan berpesta, Jho Low berkata beliau menjadi “ahli perniagaan yang paling bodoh” jika beliau mengaut keuntungan dalam urusan kerajaan hanya untuk dibazirkan.
“Oleh kerana terdapat gambar saya dan Paris Hilton minum dan semua itu, maka anda gunakannya dan berkata kepada Bumiputera. ‘oh orang Cina itu curi semua semua duit wang dan habiskan untuk alkohol’.
“Saya akan menjadi orang yang paling bodoh jika saya kaut keuntungan dari wang kerajaan dan bazirkan seperti esok tiada lagi. Ia perkara yang paling bodoh yang anda lakukan,” kata jutawan muda, merujuk kepada banyak gambar yang diterbitkan menunjukkan beliau berpesta dengan Paris Hilton.
Selain itu beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak melabur di dalam bon 1MDB seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan menafikan dakwaan bahawa dia bertindak mengawal syarikat itu.
Kabinet mengarahkan supaya akaun 1MDB diaudit berikutan jumlah hutang yang dikatakan mencecah RM42 juta.
Selain itu Jho Low bagaimanapun percaya bahawa beliau dijadikan kambing hitam dalam keseluruhan isu membabitkan kerugian 1MDB.
Sumber : Mstar
Share this article :

1 ulasan:

Asrul Sani berkata...

Hi Jho,

Kamu sebenarnya bukanlah KAMBING HITAM, Tetapi kamu lebih merupakan BABI TEMBAM kah kah kah....

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger