Harian Metro hari
ini melaporkan seorang pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa
drama bersiri yang disiarkan stesen televisyen berbayar disyaki menjadi
mangsa rogol bapa tirinya sejak lelaki berkenaan mengahwini ibunya 10
tahun lalu.
Menurut sumber, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas anak
perempuannya itu mengadu dipaksa memenuhi nafsu buat bapa tirinya
setiapa kali ditinggalkan sendirian di rumah.
Katanya, gadis itu menjadi mangsa cabul lelaki berusia 50-an itu sejak
berusia tajuh tahun lagi selepas mereka tinggal di Johor Bahru dan
suspek semakin berani melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa
sehingga merogol remaja berkenaan ketika mangsa berusia 12 tahun.
Sementara itu, Ketua Jabaran Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan
Abdullah ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan pihaknya menerima
laporan berhubung kejadian itu dan menyatakan bapa tiri remaja
berkenaan ditahan Jumaat lalu di Ampang.
Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan kini direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan. (rotikaya/s)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan