Home » » INFO | Rekod Pencabulan Hak Asasi dan Undang-undang di Mesir

INFO | Rekod Pencabulan Hak Asasi dan Undang-undang di Mesir

Written By canang on Isnin, 22 Jun 2015 | 6/22/2015 05:37:00 PG

INFO | Rekod Pencabulan Hak Asasi dan Undang-undang di Mesir
1. Hukuman Bunuh:
i. Sejak 3 Julai 2013 (kudeta), sebanyak 529 kes hukuman mati telah dijatuhkan.
ii. Sebanyak 1,666 tertuduh telah pun dirujuk kepada Mufti Mesir untuk dihukum mati.
iii. Pada 17 Mei 2015, telah dilaksanakan hukuman mati ke atas 6 mangsa (kes Arab Sharkes)
2. Perbicaraan di Mahkamah Tentera dan hukuman penjara seumur hidup:
i. Sebanyak lebih 200 kes (2000 tertuduh) yang melibatkan orang awam telah dibicarakan dalam mahkamah tentera
ii. Seramai 17 pelajar telah dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 60 tahun
iii. 600 tertuduh telah dipindahkan perbicaraan mereka ke mahkamah tentera di negeri el-Menia sahaja
3. Tahanan hilang:
i. Pendekatan baru rejim kudeta ialah menahan orang awam tanpa dituduh dan juga tidak dapat dikesan kedudukan mereka.
ii. Sejak April 2015 hingga 7 Jun, sebanyak 163 kes di 22 negeri telah berlaku yang berakhir dengan kematian, dua daripadanya mati akibat seksaan yang berlaku ke atas mereka iaitu Islam Atito dan Sobri el-Ghoul
iii. Juga turut ditahan ramai gadis dan pelajar wanita.
4. Kematian dalam tahanan akibat pengabaian secara sengaja:
i. Antaranya Dr Fared Ismail, pemimpin kanan parti FJP, ahli parlimen Muhammad el-Falahije dan Muhammad el-Syahhat el-Maghaze di balai polis Samnoud akibat pengabaian rawatan kesihatan untuk mereka.
ii. Sayyed el Rasd pula terkorban pada 7 Julai akibat penyiksaan berterusan selama empat hari sewaktu dlm tahanan.
iii. Sejak kudeta berlaku, seramai 270 mangsa telah terkorban mati di dalam tahanan rejim kudeta.
5. Gadis dan wanita turut ditahan:
i. Sejak kudeta berlaku, seramai lebih 300 wanita telah ditahan.
ii. Pada Mei lepas, seramai 13 gadis yang berumur sekitar 16-29 tahun telah ditahan di perkampungan el-Bashorithah di Dumyath.
6. Tahanan daripada kalangan kanak-kanak:
i. Terdapat sekitar 300 kanak-kanak ditahan di pusat tahanan atas kesalahan politik (bukan kesalahan jenayah).
Sumber: Misr Al-Hura
‪#‎MesirKini‬
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger