#SAYA sering membaca kisah-kisah yg dipaparkan dalam ruangan ini yg
banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yg
sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang
suami masing-masing.....
>“Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yg merasakan
penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan
masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yg
tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yg tahu....
>“Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau
selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan
saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri.” Demikian
cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya
kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya....
>“Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu
terkejut kan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yg berperasaan
demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yg mempunyai
pengalaman pahit seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan
diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yg sama, tetapi semakin lama kita
simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa....
>“Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang
benar zaman ini macam-macam perkara yg kita tak sangka boleh berlaku.
Demikian pengalaman pahit yg saya lalui.....
>“Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga
susah, ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan kerja. Saya bekerja
tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yg saya
idam-idamkan selama ini......
>“Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab
keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat
duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik
saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan
yg baik juga.....
>“Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan
bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yg baik. Ini balasan
Allah daripada pengorbanan besar yg saya lakukan demi pelajaran
adik-adik saya.....
>“Kerana terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat
dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum
pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat
malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan
Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari,
termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.....
>“Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan
kerajaan yg dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi
seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu
glamor juga di mata gadis-gadis....
>“Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan
hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang
konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis
di pejabat.....
>“Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat,
saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi,
mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg boleh dikatakan
cantik juga.....
>“Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara
peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya
saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan......
>“Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli
seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam
pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo
kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran
Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.....
>“Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa
jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan
kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke
seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara
badan-badan yg sama antara negara tersebut....
>“Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8
malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa
syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap
bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang
menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling
sayg-menyaygi.....
>“Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon
saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata
tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan
sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi
cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang,
dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.....
>“Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya
ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia
tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia
keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang
berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.....
>“Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada
mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya.
Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah
keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang
membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan
masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban
untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah
mereka dan keluarga saya.....
>“Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya
perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta
ampun.
“Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya
meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah
menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah
syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yg pernah dikenali semasa
remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yg
sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.....
>“Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan
berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan.
Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute
of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima
tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.....
>“Apa yg menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan,
dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal
Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang,
sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah tinggal, bertudung,
pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan
baru saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya
daripada melihat maksiat dan kecurangan yg dilakukan di luar.....
>“Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya
bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang
membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum
berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran
dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia
terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah
kami berlainan......
>“Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika
menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan
darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke
tahap ini.....
>“Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan
bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yg lain, satu emak
tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian
tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine......
>“Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah
Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi
Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan
ramai, banyak kali....
>“Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah
menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya
lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap
pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.....
>“Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya
demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya
kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas
di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi.
Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.....
>“yg penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
“Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak
lebih saygkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya
daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan
Hamizan.....
>“Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta
maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya
tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi
Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya
juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan
sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi....
>“Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima
Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak
mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan
mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menygka
kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yg saya curahkan
kepada dia disia-siakan.....
>“Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada
keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan
anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya,” demikian
cerita Zain.....
>Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk
adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah
mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak
Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yg
terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika
mempunyai isteri yg curang seperti ini?.......
1 ulasan:
Maaf Zain,
Adakah Zain mahu tergolong dalam golongan suami dayus yang tidak akan mencium bau syurga?
Saya juga menghadapi kisah yang sama yang mana bekasi isteri saya hampir terjerumus kepada zina dengan bekas kekasihnya. Mereka memadu kasih sayang dan cinta dalam facebook. Namun saya ceraikan isteri saya. Alhamdulillah.
Catat Ulasan