Home » » Najib mula terdesak....Ancam guna undang-undang sekat pengkritik termasuk Tun Mahathir

Najib mula terdesak....Ancam guna undang-undang sekat pengkritik termasuk Tun Mahathir

Written By canang on Ahad, 5 Julai 2015 | 7/05/2015 06:17:00 PG



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengancam menggunakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwa beliau mencuri harta negara. 

Najib Razak memberikan kata dua itu selepas mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di belakang serangan terhadapnya.

“Pihak yang terus melancarkan serangan ini patut bersedia berdepan dengan akibat tindakan mereka.
“Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah, untuk menggulingkan kerajaan akan gagal,” katanya dalam kenyataan.
Najib berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai menjawab laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Najib menegaskan bahawa beliau tidak mengambil sebarang wang kerajaan untuk kepentingan peribadi dan menegaskan bahawa ini adalah satu percubaan untuk mengguling beliau.
“Ia kini jelas bahawa dakwaan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik,” katanya.
Menurutnya, adalah memalukan bahawa serangan palsu itu didorong oleh kepentingan diri ketika wujud peluang yang unik bagi Malaysia – sebagai pengerusi Asean tahun ini, dan status negara maju yang semakin hampir.
Najib berkata beliau tidak gentar dan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negara.
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

HUJAN DAN TURUN...AMBIK KAIN DIJEMURAN (ada 1001 satu makna, fahamilah ia)

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger