Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mengancam menggunakan tindakan
undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwa beliau
mencuri harta negara.
Najib Razak memberikan kata dua itu selepas mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di belakang serangan terhadapnya.
“Pihak yang terus melancarkan serangan ini patut bersedia berdepan dengan akibat tindakan mereka.
“Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah, untuk menggulingkan kerajaan akan gagal,” katanya dalam kenyataan.
Najib
berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai menjawab
laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700
juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana
menteri.
Najib
menegaskan bahawa beliau tidak mengambil sebarang wang kerajaan untuk
kepentingan peribadi dan menegaskan bahawa ini adalah satu percubaan
untuk mengguling beliau.
“Ia
kini jelas bahawa dakwaan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada
kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana
menteri yang dipilih secara demokratik,” katanya.
Menurutnya,
adalah memalukan bahawa serangan palsu itu didorong oleh kepentingan
diri ketika wujud peluang yang unik bagi Malaysia – sebagai pengerusi
Asean tahun ini, dan status negara maju yang semakin hampir.
Najib berkata beliau tidak gentar dan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negara.
1 ulasan:
HUJAN DAN TURUN...AMBIK KAIN DIJEMURAN (ada 1001 satu makna, fahamilah ia)
Catat Ulasan