Home » » Pemuda PAS siap sedia kerah jentera seluruh negara

Pemuda PAS siap sedia kerah jentera seluruh negara

Written By canang on Ahad, 26 Julai 2015 | 7/26/2015 10:35:00 PTG

Dewan Pemuda PAS kini bersiap sedia mengerahkan jenteranya di seluruh negara bagi memulakan gerak kerja kepemudaannya yang lebih menyeluruh sebaik selesai program Ramadhan yang telah berakhir dengan sambutan Hari Raya Idil Fitri minggu lepas.
Justeru saya mengingatkan dan mengarahkan seluruh jentera pemuda PAS untuk menumpukan 5 peratus daripada kekuatannya untuk menjawab persoalan-persoalan yang berkait kekalutan dalaman yang tercetus pasca muktamar PAS baru-baru ini.
Begitu juga, 15 peratus daripada kekuatan pemuda PAS hendaklah ditumpukan kepada program pemerkasaan semula jentera pemuda akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat yang berakhir dengan terbatalnya hubungan tahaluf siyasi dengan DAP.
Manakala 80 peratus daripada kekuatan jentera Dewan Pemuda PAS di seluruh negara hendaklah digembeling dan dikerah untuk terus melaksanakan gerak kerja 'core business' pemuda PAS membina Malaysia melalui santunan terhadap isu-isu rakyat dan negara.
Saya berharap sehingga hujung 2015 nanti, Dewan Pemuda PAS sudah mampu menyerap segala isu dalamannya dan mengerahkan 100 peratus kekuatannya untuk berdenyut nadi bersama rakyat dan anak muda negara.
Dewan Pemuda PAS sedar betapa anak muda negara hari ini memerlukan suntikan semangat dan jati diri yang kental bagi menghadapi cabaran semasa kehidupan dan masa depan mereka sebagai generasi pewaris negara.
Mereka mestilah disedarkan dan dibimbing dengan benar dan betul bagi berhadapan isu-isu politik, ekonomi, pekerjaan, sosial, keselamatan, alam sekitar dan segala kebejatan dalam pelbagai sektor akibat kerosakan yang melanda negara sepanjang pemerintahan puluhan tahun BN.
Sebagai langkah pertama sempena bulan kemerdekaan tahun ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan jelajah 'Wacana Kemerdekaan' yang melibatkan 100 buah bandar dan pekan di seluruh negara bagi menjelaskan isu-isu rakyat dan anak muda.
Lebih 40 pemimpin anak muda Pemuda PAS telah bersedia untuk turun padang bermula pertengahan Ogos nanti. Nantikan kehadiran kami. Selamat membina Malaysia yang lebih baik.
Terima Kasih
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Jentera kuda kayu dipimpin oleh penyamun tarbus

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger