Home » » TMJ: Biar tewas terhormat dari menang menipu

TMJ: Biar tewas terhormat dari menang menipu

Written By canang on Isnin, 6 Julai 2015 | 7/06/2015 09:00:00 PG

"Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? Tiada apa-apa... Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi," kata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang terkenal dengan sikap berterus terang menyatakan pandangannya dalam akaun Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor menegaskan, 'sistem pengadilan' sewajarnya mempunyai badan bebas bagi mengelakkan agensi itu dipengaruhi kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Katanya seperti biasa beliau mahu membuat penegasan bahawa rasuah adalah "sifat yang sangat buruk".

"Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji," kata beliau.



Tidak dapat dipastikan kenyataan itu merujuk kepada isu apa tetapi negara kini sedang memberi perhatian kepada laporan media antarabangsa Wall Street Journal yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengaliran dana 1MDB.

Malam tadi, pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turun ke gelanggang dalam saingan Liga Perdana menentang PDRM.

JDT memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1.

Mengakhiri kenyataan itu, Tunku Ismail berkata beliau lebih suka tewas dengan penuh hormat daripada menang dengan penipuan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger