Home » » RAKYAT MALAYSIA PEMALAS, BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI & MEMILIH. MAKA KERAJAAN TERPAKSA BAWA MASUK PEKERJA ASING

RAKYAT MALAYSIA PEMALAS, BERLAGAK, TAK SEDAR DIRI & MEMILIH. MAKA KERAJAAN TERPAKSA BAWA MASUK PEKERJA ASING

Written By canang on Jumaat, 14 Ogos 2015 | 8/14/2015 07:13:00 PTG

  PUTRAJAYA - Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata isu pekerja Bangladesh adalah antara fokus perbincangan dengan Abul Hassan dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu.
Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Turut disentuh dalam perbincangan itu ialah berkaitan mencegah kematian di kalangan warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini secara haram sama ada menerusi laut atau darat selain mengelak mereka dianiaya majikan.

"Mereka ini dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudahan tempat tinggal dan perubatan," katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.

Ahmad Zahid berkata pekerja asing yang bakal dibawa ke negara ini perlu diberi latihan asas terlebih dahulu di Bangladesh selain mempunyai pendidikan bersesuaian mengikut bidang dan sektor pekerjaan yang akan disertai di Malaysia.
"Mereka yang ada rekod jenayah atau penyakit memudaratkan penduduk Malaysia juga akan diambil kira sebagai faktor yang akan menentukan sama ada boleh dibawa masuk ke negara ini," jelasnya.
Mengenai salah erti segelintir pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap hasrat kerajaan mengambil pekerja dari Bangladesh, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan bagi menjelaskan rasional langkah berkenaan tanpa menjejaskan peluang rakyat Malaysia. - Bernama
Share this article :

3 ulasan:

Unknown berkata...

Org Bangla boleh terima gaji kecil krn mereka ta perlu bayar sekolah anak,beli rumah,potongan EPF.

Mereka bokeh tinggal seramai dua puluh orang dalam serumah.Duit yg mereka hantar ka Bangla boleh tampung anak bini mereka hidup selesa krn kos rendah.

Unknown berkata...

Pindahkan rohingya muslim yg tertindas ke malaysia. Beri mereka pekerjaan dan tmpt tinggal. Wajibkn dan agihkn zakat dgn telus. Insya Allah tiada masalah kemiskinan.

Unknown berkata...

Zahid ni mana mau.kalau bawa masuk bangla,dia boleh masyuk .boleh la dia kata masuk dalam tabung yg dinamakan derma tp atas akaun sendiri.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger