PUTRAJAYA -
Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh
kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor
'3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Oleh kerana
industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif
iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh,"
katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada
Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali di sini hari ini.
Ahmad Zahid
berkata isu pekerja Bangladesh adalah antara fokus perbincangan dengan
Abul Hassan dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu.
Jun lalu, Ahmad
Zahid dilaporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh
akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga
tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama
perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.
Turut disentuh
dalam perbincangan itu ialah berkaitan mencegah kematian di kalangan
warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini secara haram sama ada
menerusi laut atau darat selain mengelak mereka dianiaya majikan.
"Mereka ini
dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudahan tempat tinggal
dan perubatan," katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari
Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.
Ahmad Zahid
berkata pekerja asing yang bakal dibawa ke negara ini perlu diberi
latihan asas terlebih dahulu di Bangladesh selain mempunyai pendidikan
bersesuaian mengikut bidang dan sektor pekerjaan yang akan disertai di
Malaysia.
"Mereka yang
ada rekod jenayah atau penyakit memudaratkan penduduk Malaysia juga akan
diambil kira sebagai faktor yang akan menentukan sama ada boleh dibawa
masuk ke negara ini," jelasnya.
Mengenai salah
erti segelintir pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap
hasrat kerajaan mengambil pekerja dari Bangladesh, Ahmad Zahid berkata
beliau akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan bagi
menjelaskan rasional langkah berkenaan tanpa menjejaskan peluang rakyat
Malaysia. - Bernama
3 ulasan:
Org Bangla boleh terima gaji kecil krn mereka ta perlu bayar sekolah anak,beli rumah,potongan EPF.
Mereka bokeh tinggal seramai dua puluh orang dalam serumah.Duit yg mereka hantar ka Bangla boleh tampung anak bini mereka hidup selesa krn kos rendah.
Pindahkan rohingya muslim yg tertindas ke malaysia. Beri mereka pekerjaan dan tmpt tinggal. Wajibkn dan agihkn zakat dgn telus. Insya Allah tiada masalah kemiskinan.
Zahid ni mana mau.kalau bawa masuk bangla,dia boleh masyuk .boleh la dia kata masuk dalam tabung yg dinamakan derma tp atas akaun sendiri.
Catat Ulasan