Home » » Waran tangkap editor Sarawak Report

Waran tangkap editor Sarawak Report

Written By canang on Rabu, 5 Ogos 2015 | 8/05/2015 08:18:00 PG

Polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dia juga dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Dalam satu kenyataan ringkas, Pengarah CID, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis juga juga akan membuat permohonan untuk menyenaraikan Clare dalam senarai orang yang dikehendaki ASEANAPOL serta notis merah Interpol.




Waran tangkap itu diperolehi ketika pihak polis menangkap beberapa individu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

Antara mereka ialah bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh yang dikatakan bertemu dengan Clare di London.

Mereka yang ditangkap itu telah pun dibebaskan tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih ramai lagi akan dipanggil dan tidak menolak kemungkinan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor 2 SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull juga akan turut disoal siasat.

Clare, Zeti dan Shukri telah dituduh oleh sesetengah pihak sebagai antara mereka yang terbabit dalam satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Juga dalam senarai itu ialah Pemilik kumpulan media Edge, Datuk Tong Kooi Ong.

Sarawak Report dan The Edge telah menerbitkan artikel mengenai dakwaan skandal 1MDB.
Share this article :

1 ulasan:

Zack berkata...

Kenapa tiada waran tangkap dikeluarkan terhadap Jho Low dan Pengarah 1MDB yang menghilangkan diri? ooh ya. Duit itu diderma maka Jho Low boleh terus berjoli sakan dengan celebriti hollywood.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger