Home » » Skandal 1MDB: “Ada orang lain arahkan DPP ditangkap jam 1 pagi” – SPRM

Skandal 1MDB: “Ada orang lain arahkan DPP ditangkap jam 1 pagi” – SPRM

Written By canang on Rabu, 5 Ogos 2015 | 8/05/2015 07:36:00 PTG

Skandal 1MDB: “Ada orang lain arahkan DPP ditangkap jam 1 pagi” – SPRM
Polis menyiasat SPRM berhubung draf pendakwaan yang disiarkan Sarawak Report yang kononnya kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal cara layanan yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Pengarah, Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin.
Katanya, pihak polis tidak akan menahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada jam 1 pagi melainkan ada pihak yang mengarahkan berbuat demikian.
“Saya kesal perkara ini berlaku, kami disiasat sepenuhnya hari siang dan malam. Tiba-tiba DPP kami diambil pada jam 1 pagi dan ia amat menghairan saya mengapa boleh berlaku sedemikian.
“Saya rasa pihak polis tidak buat kerja gila macam ini, kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM pada Isnin.
Beliau mengaku disoal siasat oleh pihak polis selama tiga jam berkata, kenyataannya diambil untuk membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan.
Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengenai artikel yang disiarkan laman web Sarawak Report minggu lepas mengenai draf yang dikatakan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.
Bahri berkata, beliau yakin bahawa SPRM tidak terlibat dalam menghasilkan semula semula kertas pertuduhan itu.
“Saya yakin dengan sepenuh hati, bukan dari kami, mungkin satu bendanya adalah ‘reproduce’ semula,” katanya yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger