Home » » Harith Iskander BERANI MATI Sindir Ahmad Maslan Kerana Keluar Kenyataan BODOH !

Harith Iskander BERANI MATI Sindir Ahmad Maslan Kerana Keluar Kenyataan BODOH !

Written By canang on Selasa, 29 Disember 2015 | 12/29/2015 08:12:00 PTG

Pelbagai reaksi timbul apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan tentang 2 kerja yang kini menjadi kebiasaan kepada rakyat demi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Namun kenyataan terbarunya itu menjelaskan bahawa dia sendiri melakukan 3 kerja, bagi memberitahu kononnya dia juga turut bersusah payah bekerja lebih selain menjelaskan bahawaorang kampung pun sudah biasa melakukan perkara yang sama.
Dalam kenyataan Harith Iskander di Facebook, pelawak tersebut menjelaskan bahawa dia sendiri melakukan enam perkara berbeza namun ia tidak dikira sebagai enam pekerjaan.
“Di dalam konteks pekerja kerajaan, anda boleh kata saya pegang enam pekerjaan berbeza. Kerja adalah sesuatu yang kita lakukan setiap hari, sepanjang hari. Jadi, untuk seseorang itu mempunyai dua pekerjaan, maksudnya dia perlu bekerja minimum 2 kali dalam 8 jam sehari – iaitu 16 jam waktu bekerja setiap hari,” jelas Harith.
Rata-rata komen yang ditinggalkan di Facebook Harith menyokong apa yang dinyatakan itu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Maslan itu menimbulkan pelbagai reaksi di laman sosial media.
Malah sebuah akhbar tempatan sebelum ini pernah menasihatkan agar dia berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Jadi apa kata anda? Berapa kerja anda telah buat sehingga ke hari ini?sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger