Pelbagai reaksi timbul apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad
Maslan mengeluarkan kenyataan tentang 2 kerja yang kini menjadi
kebiasaan kepada rakyat demi menampung perbelanjaan harian yang semakin
meningkat.
Namun kenyataan terbarunya itu menjelaskan bahawa dia sendiri melakukan 3
kerja, bagi memberitahu kononnya dia juga turut bersusah payah bekerja
lebih selain menjelaskan bahawaorang kampung pun sudah biasa melakukan
perkara yang sama.
Dalam kenyataan Harith Iskander di Facebook, pelawak tersebut
menjelaskan bahawa dia sendiri melakukan enam perkara berbeza namun ia
tidak dikira sebagai enam pekerjaan.
“Di dalam konteks pekerja kerajaan, anda boleh kata saya pegang enam
pekerjaan berbeza. Kerja adalah sesuatu yang kita lakukan setiap hari,
sepanjang hari. Jadi, untuk seseorang itu mempunyai dua pekerjaan,
maksudnya dia perlu bekerja minimum 2 kali dalam 8 jam sehari – iaitu 16
jam waktu bekerja setiap hari,” jelas Harith.
Rata-rata komen yang ditinggalkan di Facebook Harith menyokong apa yang
dinyatakan itu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Maslan itu
menimbulkan pelbagai reaksi di laman sosial media.
Malah sebuah akhbar tempatan sebelum ini pernah menasihatkan agar dia
berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Jadi
apa kata anda? Berapa kerja anda telah buat sehingga ke hari ini?sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan