Home » » Pelajar MRSM cipta powerbank tanpa elektrik

Pelajar MRSM cipta powerbank tanpa elektrik

Written By canang on Jumaat, 22 April 2016 | 4/22/2016 02:40:00 PTG



SEPANG, 20 April – Dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu yang telah memenangi pingat emas di Pertandingan Rekacipta dan Pameran Antarabangsa Ke-44 di Geneva, Switzerland telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.



c155503f-20da-4169-8f73-1b5e44a3c48a
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
Ahmad Asyraf Aqil B. Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim B. Ahmad, 17, yang diiringi guru mereka Anuar B. Ghani, telah berjaya meraih pingat emas daripada 48 buah negara yang turut bertanding dalam acara berprestij itu.



Foto Ihsan - Ahmad Luqmanul Hakim
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
Foto Ihsan - Ahmad Luqmanul Hakim
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
Powerbank ciptaan mereka yang berupaya berfungsi ketika ketiadaan sumber elektrik telah berjaya menarik perhatian juri sekaligus membolehkan mereka merangkul pingat emas serta Anugerah Rekacipta Antarabangsa Terbaik Egypt.



Powerbank ciptaan Ahmad Asyraf Aqil dan Luqmanul Hakim, pelajar dari MRSM Kuala Terengganu yang tidak perlu dicas. Foto Ihsan - Malay Mail
Powerbank ciptaan Ahmad Asyraf Aqil dan Luqmanul Hakim, pelajar dari MRSM Kuala Terengganu yang menggunakan air garam. Foto Ihsan – Malay Mail
Diberi nama “Powerbank : EXIECO PB“, alat ini mengandungi bahan-bahan seperti aluminium, arang serta air garam, yang mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas apa-apa peranti telekomunikasi dan gajet.



Foto Ihsan - Ahmad Luqmanul Hakim
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
“Tercetusnya idea untuk mencipta powerbank tanpa cas ini ketika saya menjadi mangsa banjir di Kelantan dua tahun yang lalu, di mana kami tidak mempunyai sumber elektrik ketika itu”, kata pelajar bernama Asyraf berhubung idea ciptaan mereka itu.
Tambahnya lagi, powerbank ini juga ‘eco-friendly‘ kerana tidak membahayakan bumi dan persekitaran. Arang dan aluminium juga dapat direbus dan tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.
31ea3342-ed94-4d46-ae55-0514f6bf1ae2
Air garam yang telah larut pula digunakan sebagai tindak balas kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik.
“Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada pihak SIRIM bagi tujuan memasarkan produk inovasi ini di bawah MARA sendiri”, katanya.
8c053678-4165-4b65-a983-075ccec42be0
Pertandingan dan pameran antarabangsa itu juga mengumpul lebih dari 1,000 jenis produk rekacipta dari seluruh dunia
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger