Home »
» Pelajar MRSM cipta powerbank tanpa elektrik
Pelajar MRSM cipta powerbank tanpa elektrik
Written By canang on Jumaat, 22 April 2016 | 4/22/2016 02:40:00 PTG
SEPANG, 20 April – Dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Kuala Terengganu yang telah memenangi pingat emas di Pertandingan
Rekacipta dan Pameran Antarabangsa Ke-44 di Geneva, Switzerland telah
selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dekat
sini, hari ini.
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
Ahmad Asyraf Aqil B. Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim B. Ahmad, 17,
yang diiringi guru mereka Anuar B. Ghani, telah berjaya meraih pingat
emas daripada 48 buah negara yang turut bertanding dalam acara
berprestij itu.
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul HakimFoto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
Powerbank ciptaan mereka yang berupaya berfungsi ketika ketiadaan
sumber elektrik telah berjaya menarik perhatian juri sekaligus
membolehkan mereka merangkul pingat emas serta Anugerah Rekacipta Antarabangsa Terbaik Egypt.
Powerbank
ciptaan Ahmad Asyraf Aqil dan Luqmanul Hakim, pelajar dari MRSM Kuala
Terengganu yang menggunakan air garam. Foto Ihsan – Malay Mail
Diberi nama “Powerbank : EXIECO PB“, alat ini
mengandungi bahan-bahan seperti aluminium, arang serta air
garam, yang mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas
apa-apa peranti telekomunikasi dan gajet.
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
“Tercetusnya idea untuk mencipta powerbank tanpa cas ini ketika saya
menjadi mangsa banjir di Kelantan dua tahun yang lalu, di mana kami
tidak mempunyai sumber elektrik ketika itu”, kata pelajar bernama Asyraf
berhubung idea ciptaan mereka itu.
Tambahnya lagi, powerbank ini juga ‘eco-friendly‘ kerana
tidak membahayakan bumi dan persekitaran. Arang dan aluminium juga dapat
direbus dan tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.
Air garam yang telah larut pula digunakan sebagai tindak balas kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik.
“Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan kelulusan
daripada pihak SIRIM bagi tujuan memasarkan produk inovasi ini di bawah
MARA sendiri”, katanya.
Pertandingan dan pameran antarabangsa itu juga mengumpul lebih dari 1,000 jenis produk rekacipta dari seluruh dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan