Home » » Suami Jamin Isteri Ditangkap Khalwat

Suami Jamin Isteri Ditangkap Khalwat

Written By canang on Isnin, 18 April 2016 | 4/18/2016 09:45:00 PTG

MELAKA - Tergamam seorang wanita yang ditangkap khalwat, dijamin oleh suaminya sendiri yang datang ke pejabat JAIM, semalam, lapor Harian Metro.

Wanita yang sudah berkahwin, 29 tahun, ditahan di sebuah hotel oleh JAIM dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sekitar Taman Melaka Raya. 

Wanita itu ditahan bersama pasangannya, 24 tahun, berasal dari Negeri Sembilan, yang juga seorang penjawat awam Kerajaan Negeri Melaka. 

"Ketika pemeriksaan, lelaki terbabit mendakwa dia hanya berseorangan dalam bilik. Namun, kami menemui seorang wanita yang ditemui menyorok di dalam bilik. 

"Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka adalah suami isteri. Selepas disoal siasat, dia mendakwa bertunang," kata Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria.

Kedua-duanya dibawa balik ke pejata dan diminta menghubungi penjamin masing-masing. 

Keluarga wanita terbabit datang bersama seorang lelaki iaitu suaminya yang berusia 20'an. Kedua-dua mereka masih suami isteri, malah lelaki terbabit turut mengenali pasangan khalwat isterinya.

Jika didapati bersalah, pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger