MELAKA - Tergamam seorang wanita yang
ditangkap khalwat, dijamin oleh suaminya sendiri yang datang ke pejabat
JAIM, semalam, lapor Harian Metro.
Wanita yang sudah berkahwin, 29 tahun,
ditahan di sebuah hotel oleh JAIM dalam Operasi Khas mencegah maksiat di
sekitar Taman Melaka Raya.
Wanita itu ditahan bersama pasangannya, 24
tahun, berasal dari Negeri Sembilan, yang juga seorang penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka.
"Ketika pemeriksaan, lelaki terbabit
mendakwa dia hanya berseorangan dalam bilik. Namun, kami menemui seorang
wanita yang ditemui menyorok di dalam bilik.
"Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka
adalah suami isteri. Selepas disoal siasat, dia mendakwa bertunang,"
kata Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman
Zakaria.
Kedua-duanya dibawa balik ke pejata dan diminta menghubungi penjamin masing-masing.
Keluarga wanita terbabit datang bersama
seorang lelaki iaitu suaminya yang berusia 20'an. Kedua-dua mereka masih
suami isteri, malah lelaki terbabit turut mengenali pasangan khalwat
isterinya.
Jika didapati bersalah, pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan