Home » » Tanpa dakwah Cina, Melayu mungkin sembah pokok, kata Ridhuan Tee

Tanpa dakwah Cina, Melayu mungkin sembah pokok, kata Ridhuan Tee

Written By canang on Isnin, 2 Mei 2016 | 5/02/2016 09:01:00 PTG



Penulis sensasi Ridhuan Tee Abdullah mengecam Melayu yang mengabaikan mualaf Cina semata-mata mengutamakan kedudukan kaum dan pangkat sendiri. — Paparan skrin YouTubeKUALA

LUMPUR, 2 Mei — Kecewa mualaf tidak diberikan kedudukan dan bantuan wajar, penulis kontroversi Ridhuan Tee Abdullah menyelar orang Melayu yang mengutamakan kaum dan diri sendiri melebihi persaudaraan Islam.

Menulis di kolum mingguannya, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu mengingatkan bahawa tanpa jasa pendakwah Cina dan India membawa Islam, "mungkin ada lagi Melayu masih menyembah pokok".

Beliau memulakan artikelnya hari ini di akhbar Sinar Harian dengan meluahkan perasaan sedih, sehingga "menitis air mata", apabila mengenangkan badan agama dipenuhi Melayu, "seolah-olah tiada Cina, India, Orang Asli atau Bumiputera Muslim yang layak."

"Penuh dengan Melayu berpangkat, orang kaya itu dan ini, Tan Sri, Puan Sri, Datuk Datin dan sebagainya, seolah-olah tidak ada mualaf," katanya.

"Jangan haraplah ada mualaf yang akan dilantik ke jawatan tinggi di institusi Islam yang lain seperti jabatan agama, majlis agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan sebagainya

"Usah diimpikan untuk menjadi ketua setiausaha negara, ketua setiausaha, naib canselor dan sebagainya. Lebih kelakar lagi, pos pengarah jabatan agama, khas untuk pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), sedangkan membaca selawat dan doa pun tidak lepas.

"Mualaf hanya ditempatkan di bahagian mualaf. Menitis air mata menaip artikel ini," kata Ridhuan Tee lagi.

Beliau juga mengecam sikap Melayu yang mengutamakan perpaduan, sesama kaum, apabila berasa sudah terdesak.

"Melayu tersepit hari ini dek kerana perpecahan yang tidak dapat dibendung, menjadi nyawa-nyawa ikan. Maka seruan perpaduan pun dilaungkan.

"Adakah laungan ini hanya berkumandang ketika tersepit sahaja? Selama tidak tersepit, mualaf tidak dipandang. Apakah semua mualaf ini bodoh?

"Tunjukkan dan raikan warna-warni Islam. Jika tidak, jangan bercakap banyak pasal Islam, memalukan," coretnya dalam kolum yang selalu diluahkan dengan sangat berterus-terang, dan kadang-kadang kontroversi.

Ridhuan Tee kemudian mengungkitkan sejarah kedatangan Islam di Semenanjung Malaysia supaya orang Melayu menyedari sumbangan kaum-kaum lain terhadap akidah mereka.

Dalam kajian sejarah, satu teori menyebut Islam datang dari China ke pantai timur, misalnya penemuan batu bersurat Terengganu, dan satu lagi melalui pantai barat.

Orang China pula dikatakan telah diislamkan oleh pendakwah generasi sahabat Saad bin Abi Waqas.

"Sedarkah kita semua bahawa pengislaman orang Melayu di Alam Melayu dilakukan oleh orang Cina, selain Arab dan India? Teori kedatangan Islam membuktikan segalanya.

"Cina berjasa besar kepada pengislaman Melayu, 600 tahun dahulu. Kerana pendakwah dan pedagang Cinalah orang Melayu menjadi Islam.

"Jika tidak, mungkin ada lagi Melayu yang masih menyembah pokok. Maka benarlah kata-kata 'tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China'.

"Adakah kita belajar daripada mereka [Cina]? Dalam soal ekonomi? Kesatuan bangsa [Cina] mereka mempertahankan bahasa jiwa bangsa dan banyak lagi," katanya.

Ridhuan Tee, yang menukar agama sejak tiga dekad lalu, mengecam sikap Melayu yang asyik membenci Cina dan enggan belajar sesuatu yang positif daripada kaum tersebut.

"Kita tidak pernah mahu belajar daripada Cina, malah asyik marah dan mengutuk Cina. Ya, saya turut mengutuk Cina yang ultrakiasu," katanya, mengulang istilah "ultrakiasu", merujuk mereka yang dianggapnya pelampau kaum.

"Tetapi bagi Cina yang berjaya dan bukan musuh Islam, kita kena belajar daripada mereka. Tetapi kita memandang rendah kepada mereka, terutama Cina mualaf."
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger