Terima kasih atas budi
bicara Tok Nan yang dengan kuasa seorang Ketua Menteri yang berlapang
dada memberi laluan saya masuk selepas DUN dibubarkan jika saya menulis
meminta kebenaran dengan baik.
Justeru saya telah
menulis surat untuk membenarkan saya selaku Ahli Parlimen, Naib Presiden
dan Pengarah Pilihan Raya Parti KEADILAN dibenarkan masuk berkempen
secara sah seperti yang tertakluk di dalam Akta Pilihan Raya.
Sebagai Ahli Dewan Rakyat
selama dua Penggal, saya menjunjung tinggi perlembagaan dan menghormati
autonomi yang diperolehi oleh rakyat Sarawak.
Jika tawaran janji Tok
Nan benar, maka saya harus dibenarkan masuk tetapi ternyata usaha saya
untuk bersama rakyat Sarawak telah dinafikan.
Saya diminta pulang ke Kuala Lumpur hari ini.
Pasti ini adalah bukti
bahawa peranan kami sebagai pembangkang bersama rakan-rakan di Sarawak
amat berjaya dalam memberikan tekanan di Dewan Undangan Negeri dan Dewan
Rakyat sehingga memaksa Tok Nan dan BN membawa banyak perubahan serta
membuat banyak janji-janji terutamanya tentang isu autonomi dan tanah
adat rakyat Sarawak.
Tindakan dan tawaran Tok
Nan dan Team Najib BN nampaknya selari dengan manifesto yang dibawa oleh
pihak pembangkang. KEADILAN perjuangkan tolak GST, pertahan autonomi
dan pemeliharaan tanah adat.
Hampir 200 kes tanah adat
diperjuangkan oleh peguam-peguam KEADILAN yang juga calon pada PRN 11
ini. YB Baru Bian, YB See Chee How, Saudari Jamilah Baharuddin, Saudara
Abun Sui, Saudari Athina Sim dan ramai lagi.
Bayangkan jika kami tetap
menambah kerusi dan mengurangkan majoriti calon-calon BN, walaupun
dalam keadaan dilarang masuk akan menguntungkan bukan mengurangkan suara
rakyat Sarawak dalam Dewan nanti.
Jadi Tok Nan yang mengaku
lain dari Taib Mahmud dan lain dari Najib, buatlah cara lain dari
mereka. Ajulah kita bersaing dengan sihat dan embak Sarawak tok ke mercu
kejayaan yang sebenar.
Benarkan rakyat Sarawak memilih, Benarkan kami masuk berkempen.
Salam kasih perjuangan untuk teman-teman di lapangan! Ngap sayot.
#DemiRakyat #DemiSarawak
Daripada, Nurul Izzah Anwar
Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat Parti Keadilan Rakyat
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Benarkan kami masuk berkempen.
-Keadilan Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan