Home » » Nur Jazlan setuju letak tikus, nyamuk dalam penjara supaya banduan insaf

Nur Jazlan setuju letak tikus, nyamuk dalam penjara supaya banduan insaf

Written By canang on Rabu, 7 September 2016 | 9/07/2016 08:00:00 PG

 Nur Jazlan turut menyarankan Surendran yang menentang cadangan Mohd Noor itu melihat sendiri keadaan penjara di negara ini
 PETALING JAYA: Datuk Nur Jazlan Mohamed bersetuju dengan cadangan mewujudkan keadaan tidak selesa di penjara sebagai sebahagian proses pemulihan banduan supaya mereka insaf dengan kesalahan dilakukan.
Timbalan menteri dalam negeri itu mengulas kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa Jabatan Penjara memastikan pesalah yang menjalani hukuman penjara disemai perasaan takut dan satu daripada cara itu ialah melalui ketidakselesaan dalam sel mereka.
Semalam, Mohd Noor berkata, amalan memberi “kemudahan ala VIP” kepada banduan perlu dihentikan, sebaliknya mereka wajar diberi layanan setimpal dengan kesalahan masing-masing, contohnya sel banduan perlu ada nyamuk, tikus dan lipas yang boleh mengganggu penjenayah bagi mengelakkan mereka “mengambil peluang melakukan jenayah semata-mata untuk menikmati segala kemudahan disediakan Jabatan Penjara”.
“Saya setuju dengan dia,” kata Nur Jazlan kepada FMT hari ini.
Beliau turut menyarankan peguam hak asasi manusia, N Surendran yang menentang cadangan Mohd Noor itu melihat sendiri keadaan di dalam penjara.
“Suruh dia (N Surendran) volunteer masuk jel tu seharilah. Dia mana pernah tengok (keadaan) dalam jel tu,” katanya sambil menambah Surendran perlu melihat sendiri keadaan penjara di Malaysia sama ada bagus atau tidak berbanding negara jiran seperti Filipina atau Indonesia .sumber
Semalam, Surendran dilaporkan berkata, cadangan Mohd Noor itu kejam dan akan mendedahkan banduan, keluarga yang melawat serta kakitangan penjara kepada risiko kesihatan kerana mungkin berlaku penularan penyakit.
Share this article :

1 ulasan:

xairlinepilot berkata...

Kesian Najib n Rosmah, masuk jail prnuh timus dan nyamuk. Menteri2 pon masuk jail juga sbb melindungi penjenayah. Rahman, Said, Mat Maslan dll kena la masuk jail juga. Nazri Dickhead kena hukum gantung...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger