BANGI,
Selasa – Wacana ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’ anjuran
Sinar Harian di Shah Alam semalam dilaporkan menjadi panas dalam satu
sesi apabila seorang peguam wanita beragama Islam mempertikaikan pindaan
akta berkenaan.
Mengikut laporan Sinar Online, Siti Kasim dilaporkan menuding jari ke arah pentas sambil berkata:
“Saya
Melayu dan saya seorang Islam! Mengapa saya perlu dikawal oleh
orang-orang begini? Ia antara saya dengan Tuhan, kenapa saya perlu ikut
Islam kamu?”
Katanya, sekiranya RUU berkenaan diluluskan, secara automatik hukum hudud di Terengganu dan Kelantan akan terlaksana.
Sekali
gus, katanya, perkara itu bercanggah dengan undang-undang sivil di mana
seseorang individu berumur 50 tahun ke atas tidak perlu dihukum sebat
manakala hudud menetapkan pesalah lelaki dan perempuan boleh dihukum
sebat sehingga 100 kali.
Tindakannya
itu mengundang kemarahan penonton, tetapi suasana kembali tenang
apabila moderator bertindak membuka ruang bagi panelis untuk menjawab
soalan yang dilontar oleh peserta wacana itu.
Antara
panelis yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Ahli
Parlimen Kepong daripada DAP, Tan Seng Giaw dan wakil MCA, Gan Ping
Sieu.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan