Home » » BN tidak akan bentang RUU 355 - Najib

BN tidak akan bentang RUU 355 - Najib

Written By canang on Khamis, 30 Mac 2017 | 3/30/2017 08:36:00 PTG


NAJIB (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, PWTC, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Menara Dato' Onn di sini, yang bermula kira-kira jam 9.30 malam tadi.

 Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen. Sehubungan itu, katanya, pembentangan RUU 355 akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 "RUU ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan kami menyerahkan sepenuhnya kepada speaker untuk menentukan (bila dibentangkan), bergantung pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat. "Jika speaker putuskan untuk membenarkan RUU 355 dibentang, maka ia akan dibentangkan dan speaker juga akan memutuskan peraturan mengenai (pembentangan) RUU itu.

 "Kita tidak akan bentang dan tentukan dasar kita dalam soal ini kerana RUU 355 ini adalah rang undang-undang persendirian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, di sini, hari ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger