Home » » 176 pekerja Korea Utara di Sarawak 'hilang'

176 pekerja Korea Utara di Sarawak 'hilang'

Written By canang on Jumaat, 31 Mac 2017 | 3/31/2017 08:08:00 PTG



Seramai 176 pekerja Korea Utara yang bekerja di beberapa tapak pembinaan di Sarawak seolah-olah lenyap tanpa dapat dikesan.
Akhbar The Borneo Post melaporkan bahawa pekerja berkenaan telah meninggalkan tempat kerja, tanpa membawa barangan, dan tidak ada rekod bahawa mereka meninggalkan negeri itu.
Menurut Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben, secara teknikal, ini bermakna bahawa pekerja berkenaan masih berada di negeri ini.
Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut, memetik arahan daripada Putrajaya yang melarang sebarang ulasan berikutan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang semakin renggang.
Ini susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di KLIA2 pada 13 Februari lalu.
Awal bulan ini, wartawan The Borneo Post meninjau salah sebuah tapak pembinaan itu, dan mendapati tidak ada pekerja Korea Utara di sana.Walau bagaimanapun, mereka mendapati barangan mereka termasuk pakaian kerja, peralatan, topi keledar dan but, ditinggalkan di sebuah bilik sementara di tapak itu.
Semakan di tapak sama mendedahkan bahawa kerja-kerja terhenti seketika berikutan tindakan pekerja Korea Utara yang ‘menghilangkan diri’ tetapi bersambung semula dengan pengambilan pekerja tempatan.
Share this article :

1 ulasan:

mazmad berkata...

Malaysia ..senang masuk senang keluar..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger