Home » » 1 MALAYSIA, ERA NAJIB...Khir dakwa kongsi gelap dalangi rumah urut, judi

1 MALAYSIA, ERA NAJIB...Khir dakwa kongsi gelap dalangi rumah urut, judi

Written By canang on Khamis, 30 Julai 2009 | 7/30/2009 09:53:00 PTG



KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendakwa kebanyakan kegiatan mencuri pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi 'gerakan bawah tanah' dan kongsi gelap.

Mohamad Khir turut mendakwa, kumpulan tersebut yang aktif membantu memenangkan calon pada pilihan raya lepas di negeri itu diberikan akses untuk meneruskan kegiatan haram tersebut tanpa sekatan sebagai habuan.

Beliau berkata, ketika beliau menjadi Menteri Besar, hanya 700 lesen premis perjudian, siber kafe dan spa diluluskan tetapi mengikut perangkaan Majlis Keselamatan Negara, Selangor kini dianggarkan mempunyai lebih 4,000 premis seumpama itu yang beroperasi secara haram.

"Kalau melihat muka depan surat khabar hari ini, mungkin ada hubungan antara ahli politik dengan gerakan underworld (bawah tanah)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay oleh Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM) di sini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger