KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melawat Kelantan, Sabtu ini.
Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 9.20 pagi, demikian menurut kenyataan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, hari ini.
Sebaik tiba, beliau dijadual merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu di Dewan Putera, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, di sini. Selepas itu, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat di tempat yang sama.
Beliau dan isteri kemudiannya akan berlepas ke Kuantan. - Bernama
Home »
» 1 MALAYSIA ERA NAJIB...Perdana Menteri lawat Kelantan Sabtu ini
1 MALAYSIA ERA NAJIB...Perdana Menteri lawat Kelantan Sabtu ini
Written By canang on Khamis, 30 Julai 2009 | 7/30/2009 05:03:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan