Home » » 1 MALAYSIA, ERA NAJIB...Polis mulakan sekatan jalan bagi halang perhimpunan esok

1 MALAYSIA, ERA NAJIB...Polis mulakan sekatan jalan bagi halang perhimpunan esok

Written By canang on Jumaat, 31 Julai 2009 | 7/31/2009 07:33:00 PTG


KUALA LUMPUR: Polis memulakan sekatan di beberapa jalan yang menuju ke bandar raya ini bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata sekatan jalan raya itu dilaksanakan bagi memastikan kedua-dua perhimpunan itu tidak berlaku.

"Kita terpaksa melakukan sekatan jalan raya bagi menyekat perhimpunan haram yang bakal diadakan oleh dua kumpulan (kumpulan menyokong dan membantah ISA) esok," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata sekatan jalan itu dibuat sejak jam 8 pagi tadi di beberapa jalan masuk ke ibu negara termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Loke Yew Jalan Travers dan Lebuhraya KL-Kajang berhampiran Taman Connought.

"Sekatan itu akan dihentikan jika keadaan dijamin selamat. Anggota polis yang bertugas akan memeriksa setiap kenderaan yang masuk (ke ibu negara).

"Saya berharap pengguna jalan raya yang lain dapat bersabar dan tolonglah beri kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi melancarkan tugas mereka," katanya. Katanya polis akan mengambil tindakan yang adil terhadap kedua-dua kumpulan berkenaan tanpa mengira fahaman mereka sama ada menyokong atau membantah ISA.

"Kita tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pihak kerana perbuatan (perhimpunan) ini tetap akan mengganggu-gugat keselamatan orang awam," katanya.

Musa berkata orang ramai yang mengambil bahagian atau menyertai termasuk menghadiri perhimpunan dan perarakan haram tanpa permit polis melakukan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan.

Difahamkan perhimpunan GMI yang dikenali sebagai Gerakan Mansuh ISA merancang untuk berhimpun di beberapa lokasi antaranya di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada hari sama, Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pembelaan Negara (Magaran)dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbuk, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong ISA dikekalkan. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger