Home » » 1Malaysia...PM mahu banteras jenayah jalanan

1Malaysia...PM mahu banteras jenayah jalanan

Written By canang on Selasa, 28 Julai 2009 | 7/28/2009 11:23:00 PTG


PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada penghujung tahun 2010, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pada usaha pengurangan kadar jenayah sebagai satu daripada Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian dalam Negeri.

Menurut beliau, dalam NKRA pengurangan jenayah dipecahkan kepada tiga bahagian.

satu daripadanya ialah jenayah jalanan seperti ragut dan samun tanpa senjata kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan kepada masyarakat umum.

Katanya, statistik menunjukkan jenayah kategori itu bukan enteng kerana ia merupakan 17 peratus daripada keseluruhan indeks jenayah 2008 dengan tumpuan jenayah jenis itu di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang mencatat sebanyak 72 peratus daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan tahun lalu.

"Oleh itu, kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20 peratus pada penghujung 2010," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger