Home » » ADA-ADA SAJA......Pemuda UMNO lapor SPRM - Berhubung salah guna wang kerajaan negeri Selangor

ADA-ADA SAJA......Pemuda UMNO lapor SPRM - Berhubung salah guna wang kerajaan negeri Selangor

Written By canang on Isnin, 27 Julai 2009 | 7/27/2009 11:32:00 PG


SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri sebagaimana yang didakwa oleh laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com baru-baru ini.

Malah pergerakan itu turut menggesa supaya SPRM meneruskan siasatan terhadap tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Selangor yang didakwa terlibat dalam kes salah guna peruntukan negeri tersebut yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling.

Ketuanya, Suhaimi Mohd. Ghazali berkata, siasatan SPRM berhubung penyelewengan dan siapa yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap sebagaimana dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menerusi laman blognya itu perlu diteruskan dan ia tidak harus dihentikan ekoran kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock pada 16 Julai lalu.

"Kebenaran di sebalik penyelewengan itu harus didedahkan agar semua pihak dapat mengetahui perkara sebenar dan kita minta SPRM teruskan siasatan kerana kita mahu tahu siapa yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap ini.

"Saya percaya walaupun parti pembangkang cuba mengalihkan perhatian tetapi rakyat perlu tahu, jika ada penyelewengan ia harus didedahkan dan kalau ada salah guna kuasa, siapa yang terlibat," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger