Home » » Jangan jadi pembudaya fitnah - PM

Jangan jadi pembudaya fitnah - PM

Written By canang on Isnin, 27 Julai 2009 | 7/27/2009 06:25:00 PTG


SHAH ALAM - Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah menggunakan kewarasan mereka sebagai mahasiswa dalam menapis dan menyaring maklumat yang diterima, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, mereka perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran intelektual dalam menilai dan memperhalusi sesuatu maklumat itu.

Perdana Menteri juga berharap mahasiswa tidak menjadi pembudaya fitnah dan omongan jahat.

"Kita faham, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu. Namun tidak ada juga sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan," katanya ketika menutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam (ISCO 09) di Universiti Teknologi Mara Shah Alam di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Damai (Dewan Amal Islam Hadhari) IPTA yang menjadi penaung kepada pergerakan persatuan-persatuan Islam di institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger