Home » » TPM: Pusat tak pernah aniaya Kelantan

TPM: Pusat tak pernah aniaya Kelantan

Written By canang on Rabu, 29 Julai 2009 | 7/29/2009 07:14:00 PG


MUNYONYO, (Uganda) - Kerajaan Pusat tidak pernah menganiayai kerajaan mana-mana negeri yang diperintah oleh pembangkang termasuk Kelantan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, kerajaan Pusat telah melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar di sini semalam.

Sambil mengambil contoh peruntukan untuk negeri Kelantan, beliau berkata, kerajaan Pusat memperuntukkan RM7 bilion bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di negeri itu menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Kita tidak pernah abaikan Kelantan. Misalnya, kerajaan Persekutuan menyediakan RM600 juta dalam bentuk pinjaman mudah untuk membiayai projek bekalan air.

"Sebenarnya tidak ada negeri pun dianiaya atau tidak diberi peruntukan. Maknanya dari segi tanggungjawab Pusat kepada negeri, kita telah buat," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger