
Tuesday, July 21, 2009
Cyberita: Afidavit Palsu Kes Liwat, Anwar Ibrahim Sekali Lagi Buat Laporan Polis Terhadap Si Ghani Patail Berhubung Dengan Kenyataan Palsunya !!
KUALA LUMPUR [6.30 pm] - Pergelutan perundangan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terus berlanjutan dan kali ini bukan di mahkamah tetapi di Balai Damansara Utama, Petaling Jaya. Penasihat PKR membuat dua aduan polis berhubung "kenyataan- kenyataan palsu" yang terdapat dalam afidavit pihak pendakwaan berhubung kes liwat terhadapnya dan juga tiada tindakan konkrit berhubung aduannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Kenyataan tersebut berhubung siasatan terhadap Abdul Gani yang dituduh oleh mantan timbalan perdana menteri, dalam laporan polisnya, pernah terlibat memalsukan kes mata lebamnya. Kedua-dua laporan polis itu dibuat awal petang ini. Aduan pertama berhubung pendirian tiga hakim bebas yang menilai hasil siasatan terhadap Abdul Gani yang mendapati seorang daripada anggota panel itu mendapat terdapat kes jenayah terhadap peguam negara. Bagaimanapun, dalam afidavit yang disediakan oleh seorang pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razak dan timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakariah pada 30 Jun lalu, menyatakan ketiga-tiga hakim tersebut mendapati tiada kes terhadap Abdul Gani. "Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam afidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan dalam prosiding mahkamah nanti," katanya. "Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian daripada konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu." kata Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
[Anwar sebenarnya berada dalam keadaan yang cukup berbahaya dengan perkembangan ini. Tambahan pula Ghani adalah orang yang bertanggungjawab memindahkan kes liwat terbaru Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Semua ini berpunca daripada mereka tidak percaya Hakim Mahkamah Seysen, SM Koomathy dapat menjayakan rancangan jahat mereka terhadap Anwar. Lantaran itulah, kuasa Peguam Negara digunakan sewenangnya untuk memindahkan kes itu. Kini mereka selesa dengan apa yang akal berlaku dan bakal dihadapi oleh Anwar, dalam perbicaraan pada 24 Julai ini. Apapun rakyat diseru bersabar dengan segala dugaan dan cabaran ini. Andainya Anwar terpenjara, maka suara rakyat akan terus bergema di serata ceruk negara. Ramai lagi semangat Anwar akan membara dan bakal meneruskan perjuangan ini sebenarnya. Lawan tetap lawan !!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan