
TEL AVIV - Jumlah pendatang haram Yahudi yang tinggal di wilayah Palestin di Tebing Barat kini mencecah kepada lebih 300,000 orang, menurut laporan sebuah akhbar Israel.
:Laporan akhbar Haaretz menyatakan jumlah keseluruhan pendatang Israel yang menceroboh Tebing Barat ialah 304,569.
:Jumlah itu melibatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus sejak Januari lalu.
:Statistik mengenai jumlah pendatang itu dibuat berdasarkan data yang dikumpulkan oleh tentera Israel.
:Jumlah pendatang haram Israel di Tebing Barat meningkat lebih dua kali ganda sejak pertengahan 1990-an.
:Sementara itu, beberapa wakil khas kerajaan Amerika Syarikat (AS) kini berada di Israel untuk mendesak rejim Zionis menghentikan usaha membina penempatan haram di wilayah Palestin.
:Namun, Israel terus berdegil dan menganggap proses pembinaan penempatan pendatang Yahudi perlu diteruskan.
:Tindakan Israel membina penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang menjadi tempat tinggal kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin dilihat sebagai halangan utama bagi mewujudkan keamanan di Timur Tengah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan