Home » » 1 MALAYSIA ERA NAJIB.LAWAN TETAP LAWAN.UMNO ada strategi tersendiri: Muhyiddin

1 MALAYSIA ERA NAJIB.LAWAN TETAP LAWAN.UMNO ada strategi tersendiri: Muhyiddin

Written By canang on Ahad, 2 Ogos 2009 | 8/02/2009 10:55:00 PTG


MUAR - Walaupun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir diakui kubu kuat Pas, UMNO mempunyai strategi tertentu untuk menggugat kekuatan parti pembangkang itu di kawasan terbabit, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO itu berkata, UMNO telah membuktikan kemampuannya ketika menghadapi Pas pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, sebuah lagi kubu kuat parti pembangkang itu baru-baru ini.

“Ya, ia kawasan kubu kuat Pas, tetapi telah terbukti di DUN Manek Urai yang juga adalah kubu kuat (Pas) tetapi kita boleh gugat kekuatan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, sebagaimana yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Katanya, BN dan UMNO Bahagian telah membuat persiapan awal untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilapor berkata, penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu akan diumum selewat-lewatnya 10 Ogos.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin yang meminta UMNO tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Muhyiddin berkata dalam sistem demokrasi sesiapa sahaja berhak untuk bertanding. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger