
Kira kira 20buah kereta berkonvoi menuju ke perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,bagi menjayakan program Ramadan di Ambang Merdeka.
Menurut Imam Besar Masjid negeri,Haji Ahmad Mustafa Mohd Sidin,Program anjuran Masjid Negeri dengan kerjasama gabungan Badan Bukan Kerajaan(NGO) dilihat sebagai satu usaha memberi pendedahan tentang penghayatan merdeka dari perspektif Islam.
“Memberi keinsafan kepada kita tentang kelaparan dan dahaganya insan insan yang lain,memberi kesempatan kepada kita,untuk kkta lihat bagaimana dalam sudut kemerdekaan itu,berapa ramai pejuang pejuang kemerdekaan yang terpaksa berlapar dan mengalami kesusahan sehingga kita mencapai kemerdekaan”,katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Ramadan di Ambang Merdeka dipejabatnya,semalam.
Acara yang julung kali diadakan ini membuktikan bahawa dengan aturan dan perancangan yang bertepatan dengan landasan Islam,kemerdekaan boleh disambut walaupun pada bulan yang Ramadan.
Menurut Pengurus program ini,Mahadi Mohamad,“Tersedianya satu acara sambutan kemerdekaan dengan format yang baru,yang lebih segar dan bersesuain dengan semua keadaan dan masa sehingga tidak tersa janggal diraikan pada bulan Ramadan”.
Selain itu,program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang perjuangan masayarakat di Palestin yang masih dibelenggu dalam kancah peperangan dan kemusnahan bumi Islam itu.
Justeru,selain bendera Malaysia,kenderaan yang terlibat dalam konvoi ini,turut memasang poster dan bendera Palestin sebagai simbolik sokongan mereka kepada kebebasan Bumi Palestin.
Menurut salah seorang peserta konvoi,Wan Hanani Wan Hanifa,"Kita meraikan kebebasan Negara kita dalam masa yang sama kita ingat perjuangan kita untuk kita membebaskan bumi Al Aqsa itu juga.Menyemarakkan lagi semangat solidarity perjuangan umat Islam di Palestin".
Atiqah Mohd Hatta pula berkata,“Bulan kemerdekaaan dalam bulan Ramadan,secara tidak langsung selain daripada memperingati perjuang pejuang yang menuntut kemerdekaan,dahulu,hari ni kita berkonvoi untuk pembebasan Al Aqsa,tapi untuk mengimarahkan lagi bulan ramadan,bulan yang penuh mulia".
Selain itu,program yang diatur turut memberi gambaran tentang penderitaan masyarakat disana agar dapat dijadikan pedoman kepada masyarakat di Negara ini.Program yang bermula seawal jam 4petang akan berterusan menjelang detik 12malam ini.
Selain berbuka puasa dan bertarawikh,persembhan nasyid,tazkirah dan tayangan video turut diselitkan bagi mengisi acara malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan