Home » » 1MALAYSIA,ERA NAJIB,PENGKHIANAT:Kumpul 100,000 tandatangan sebagai sokongan

1MALAYSIA,ERA NAJIB,PENGKHIANAT:Kumpul 100,000 tandatangan sebagai sokongan

Written By canang on Isnin, 10 Ogos 2009 | 8/10/2009 06:38:00 PTG


KUALA LIPIS 10 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mensasarkan untuk mengumpul 100,000 tandatangan sebagai menyokong Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat berkata, pihaknya berdiri teguh di belakang Muhyiddin berhubung kenyataannya itu dan tidak rela pemimpin UMNO dicela dan diugut.

"Pemuda UMNO akan bersama-sama menghadapi apa juga cabaran dan dugaan mendatang bersama pemimpin tertinggi kita untuk menghadapi petualang dan pengkhianat bangsa, agama dan negara," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger