Home » » Bagi ambil, pangkah jangan:Tiada unsur sabotaj calon BN Permatang Pasir

Bagi ambil, pangkah jangan:Tiada unsur sabotaj calon BN Permatang Pasir

Written By canang on Jumaat, 21 Ogos 2009 | 8/21/2009 03:31:00 PTG


KUALA LUMPUR. Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian wujudnya unsur sabotaj terhadap calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman kerana jentera pilihan raya parti menunjukkan komitmen untuk merampas kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, beliau tidak fikir dalam UMNO ada sabotaj kerana mereka telah bersepakat akan mematuhi apa sahaja keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan parti.

“Sekarang ini mereka tidak bincang soal itu, mereka bekerja keras untuk menyakinkan kepada pengundi bahawa pengundi harus membuat keputusan dan saya tidak melihat apa-apa petanda dalam kelompok Barisan Nasional yang hendak mengambil langkah-langkah sebegitu.

“Saya dahpun duduk bersama mereka dan (mereka) nampak begitu komited, jadi ini mungkin adalah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan imej Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo SME Corp Malaysia dan majlis menandatangani Perjanjian Pajakan antara SME Corp Malaysia dengan MRCB di sini hari ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger