Home » » Anwar tidak terkejut tindakan Radzhi:Mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas sebenarnya mempunyai masalah disiplin.

Anwar tidak terkejut tindakan Radzhi:Mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas sebenarnya mempunyai masalah disiplin.

Written By canang on Ahad, 23 Ogos 2009 | 8/23/2009 10:21:00 PTG

PERMATANG PAUH - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas semalam sebenarnya mempunyai masalah disiplin.

Beliau berkata, Radzhi turut mempunyai masalah peribadi yang melibatkan masalah rumahtangga beliau dengan isteri keempat.

Menurutnya, Radzhi sememangnya cenderung untuk keluar parti dan beliau pernah berusaha membawa lima lagi ADUN PKR untuk melompat parti, namun tidak berjaya.

“ADUN Lunas ini ada masalah disiplin dan masalah kewangan iaitu tuntutan yang berlebihan, yang sebelum ini dinasihatkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak supaya terus dikawal.

“Ada juga hal peribadi, isteri keempat beliau telah menghubungi kita membantah beberapa isu yang membawa kes ini ke mahkamah, oleh itu pimpinan PR telah memberi amaran keras kepada beliau beberapa bulan lalu,”

Anwar berkata, disebabkan masalah disiplin dan masalah peribadi yang dihadapi oleh Radzhi, beliau telah diberi amaran dan seterusnya mengakibatkan penggantungan bahagian Padang Serai yang melibatkan kawasan beliau.

“Minggu lalu pihak kerajaan negeri kedah telah menggantung bahagian Padang Serai termasuk kawasan ADUN Lunas kerana kes-kes yang berkaitan,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka di Surau Kampung Paya, semalam.

Hadir sama, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger