Home » » Bagi ambil,pangkah pas;Umno terdesak.yakin pengundi akan beralih sokongan.

Bagi ambil,pangkah pas;Umno terdesak.yakin pengundi akan beralih sokongan.

Written By canang on Sabtu, 22 Ogos 2009 | 8/22/2009 06:30:00 PTG


Berdasarkan perubahan sikap penyokong di Permatang Pasir, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yakin sokongan penduduk akan beralih kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini.

Beliau menggunakan teori “pendulum” atau ladung jam untuk menjelaskan perubahan sokongan rakyat kepada BN.

“Pada 1995, ladung jam berpusing ke sebelah kanan sebab itu kita menang di Permatang Pasir. Pada 1999 dia pusing kiri, kita kalah Permatang Pasir. Pada 2004, ia pusing kanan tapi kita kalah cuma 600 undi. Pada 2008, ia pusing kiri, kalah 5,000 lebih.

“Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009 ia akan pergi kanan, BN akan menang,” katanya ketika berkempen dari rumah ke rumah di sini, hari ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger