Home » » Doktor Michael disaman RM350j:Mayat Michael akan dikebumikan pada 29 Ogos ini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51.

Doktor Michael disaman RM350j:Mayat Michael akan dikebumikan pada 29 Ogos ini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51.

Written By canang on Khamis, 20 Ogos 2009 | 8/20/2009 06:15:00 PTG


LOS ANGELES: Ibu Michael Jackson, Katherine dilapor sudah bersiap sedia untuk menyaman Dr Conrad Murray sebanyak RM350 juta atas alasan cuai hingga menyebabkan kematian bintang pop itu.

Katherine, 79, dikatakan mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Murray untuk menuntut kerugian akibat kehilangan pendapatan anaknya serta tekanan emosi yang dihadapinya.

Dia juga mungkin menuntut bayaran bagi perbelanjaan upacara penghormatan terakhir Raja Pop berkenaan.

Peguam keluarga Jackson, Burt Levitch berkata semalam: “Tindakan menyaman atas alasan kecuaian itu baru di peringkat cadangan. Belum ada keputusan mutamad mengenainya.”
Pakar undang-undang kes kematian akibat kecuaian, Stewart Greenberg yang berpejabat di Miami berkata, jika Katherine mengambil tindakan bagi pihaknya dan juga anak Michael, dia hanya perlu menunjukkan kehilangan pendapatan akibat kematian terlalu awal anaknya.“Dia (Michael) baru berusia 50 tahun dan masih mempunyai banyak masa sebagai penghibur atasan.

“Saman itu mungkin sebanyak RM350 juta atau lebih,” katanya.

Michael mati akibat sakit jantung pada 25 Jun lalu.

Siasatan polis tertumpu kepada Murray yang didakwa memberinya Propofol, sejenis ubat tahan sakit berbahaya.

Dalam pada itu, Murray yang sudah disoal siasat oleh polis dan kini menyembunyikan diri, mempertahankan kebenarannya menerusi YouTube.

“Saya sudah melakukan yang terbaik. Saya bercakap benar dan percaya kebenaran saya akhirnya akan terbukti,” katanya.

Keluarga Jackson kelmarin mengesahkan mayat Michael akan dikebumikan di tanah perkuburan Glendale Forest Lawn di Hollywood Hills pada 29 Ogos ini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger