Home » » Kata-kata dan pandangan mereka

Kata-kata dan pandangan mereka

Written By canang on Selasa, 18 Ogos 2009 | 8/18/2009 06:40:00 PG


Tindakan Ahli Parlimen pembangkang, N Gobalakrishnan, menimbulkan kekecohan semasa penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini adalah memalukan Parlimen, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbuatan itu bukan saja tidak bertanggungjawab tetapi sengaja hendak menunjukkan kejaguhan di tempat yang salah.

Beliau berkata, hari pertama proses pilihan raya kecil yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan tenang dan aman telah dicemari oleh insiden itu.
"Ini hari yang pertama, sebelum kita tahu siapa calon nak bertanding, dia sudah buat peel (perangai) yang tak senonoh.

"Saya fikir, Ahli Parlimen itu sepatutnya faham, bijak. Saya tidak tahu kenapa bertindak sebegitu rupa. Apa lagi terbabit dengan pihak berkuasa yang menjaga keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan My Tuition di Taman Bukit Angkasa di sini.

Muhyiddin berkata, rakyat sepatutnya sedar akan tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang cuba mencabar undang-undang dengan bertindak sesuka hati serta mencetuskan huru-hara. "Ini nak provokasi supaya esok dia boleh pergilah kempen ke bawah (dan berkata)... inilah polis tidak bertanggungjawab," katanya.

Muhyiddin berkata, polis setakat ini telah menjalankan tugas secara berhemah untuk mengawal keselamatan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Tadi suasana cukup aman dan baik. Kita lihat orang berlari-lari nak tengok apa hal berlaku, rupanya ianya perbuatan bodoh, tak hormat undang-undang," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan pembangkang supaya menasihatkan ahli dan penyokong parti itu agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang serta menimbulkan kekecohan sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger