Home » » Kenderaan SPRM diserang

Kenderaan SPRM diserang

Written By canang on Khamis, 20 Ogos 2009 | 8/20/2009 12:15:00 PTG

Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia,Selangor rosak setelah terbakar di bahagian sisi kenderaan itu.

Ia yang terbakar setelah dibaling sebiji botol menyerupai bom 'molotov' ketika diletakkan di Pejabat Daerah Klang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad mat Yusop berkata, kereta jenis Nissan xtrail itu dibaling dengan botol yang berisi petrol awal pagi tadi.

"Kejadian yagn berlaku di Pejabat Daerah Klang itu hanya disedari petugas SPRM sekitar jam 7.45pagi sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Klang.

"Siasatan awal mendapati ia dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan pihak polis akan mengesan individu yang bertanggungjawab melakukannya," kata beliau tadi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger