Home » » Nizar vs Zambry,Ong vs Chua:Beg pakaian yang dikatakan mengandungi patung emas.

Nizar vs Zambry,Ong vs Chua:Beg pakaian yang dikatakan mengandungi patung emas.

Written By canang on Isnin, 31 Ogos 2009 | 8/31/2009 11:54:00 PTG

Seorang lelaki tidak menyangka sebuah beg pakaian yang dikatakan mengandungi patung emas yang dibuangnya di kawasan hutan di Lebuhraya Karak Khamis lepas, rupa-rupanya berisikan mayat.

Semuanya terbongkar apabila lelaki yang berumur 30-an itu kembali ke lokasi pembuangan beg tersebut pada petang hari yang sama untuk mengambil patung emas itu untuk dibawa pulang ke rumahnya di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata sebaik membuka beg tersebut, lelaki itu menemui mayat seorang lelaki di dalamnya tetapi cuba menyembunyikan perkara tersebut kerana takut.

"Empat hari kemudian setelah dinasihati rakannya, lelaki itu membuat laporan polis tentang penemuan mayat itu di Balai Polis Bentong Sabtu lepas," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu diarahkan seorang kenalan wanitanya yang tinggal di sebuah apartmen di Pandan Mewah, Ampang untuk membuang beg yang dikatakan mengandungi patung emas tersebut.

Lelaki itu yang tinggal di Pulau Pinang sanggup datang ke rumah wanita tersebut untuk membuang beg itu kerana diupah RM100.

"Wanita tersebut turut mengarahkan lelaki itu agar membuang patung emas itu di dalam hutan namun kerana tamak, lelaki itu datang semula ke lokasi tersebut pada pukul 5 petang untuk mengambil patung emas itu," katanya.

Katanya, bertindak atas laporan yang dibuat, polis kemudian menyerbu rumah wanita tersebut namun mendapati rumah itu sudah tidak berpenghuni.

Polis yang menghubungi Jabatan Imigresen Malaysia mendapati wanita itu sudah pulang ke India bersama anak perempuannya berumur lapan tahun sehari selepas mayat tersebut dibuang.

"Siasatan polis mendapati suami wanita itu gagal dikesan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mayat tersebut adalah mayat suami wanita tersebut," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger