Home » » Noordin dipercayai masih di Indonesia

Noordin dipercayai masih di Indonesia

Written By canang on Khamis, 27 Ogos 2009 | 8/27/2009 11:31:00 PTG



JAKARTA - Badan Perisikan Indonesia (BIN) percaya suspek pengganas paling dikehendaki, Noordin Mat Top masih bersembunyi di negara itu.

"Saya percaya Noordin masih berada di Indonesia. Dia pasti ditangkap apabila tiba masanya nanti," kata Timbalan Ketua BIN, As'ad Said Ali.

Beliau turut mengingatkan rakyat Indonesia supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam cubaan menangkap suspek.

Menurutnya, rakyat perlu menyerahkan kepada polis untu:k bertindak berdasarkan proses undang undang.

:Noordin dipercayai menjadi dalang utama yang bertanggungjawab dalam insiden pengeboman dua hotel mewah di Jakarta bulan lalu.

:Dia turut dikaitkan dengan satu lagi serangan bom di ibu kota ini pada 2004 dan pengeboman di sebuah pusat hiburan Bali pada 2005.

:Pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini mendakwa berjaya membunuh Noordin dalam pertempuran di kampung Beji, Temanggung, dalam wilayah Jawa Tengah.

Namun ujian DNA membuktikan jenazah suspek pengganas yang ditembak itu adalah penjual bunga di Hotel Marriot, Ibrohim yang dipercayai menyeludup bahan peledak di hotel berkenaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger