Home » » Pakatan Rakyat melangkah kehadapan.

Pakatan Rakyat melangkah kehadapan.

Written By canang on Jumaat, 14 Ogos 2009 | 8/14/2009 12:37:00 PTG


KUALA LUMPUR : Negeri-negeri Pakatan rakyat digesa mempercepatkan penubuhan jawatankuasa hisbah untuk memastikan pentadbiran kerajaan benar-benar bersih daripada segala penyelewengan.

Desakan supaya melaksanakan langkah tersebut semakin hebat disuarakan oleh penyokong Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini ekoran tersebarnya pelbagai khabar angin tentang cara pentadbiran yang tidak memuaskan di negeri Pakatan Rakyat sekaligus mengundang kegelisahan ahli bawahan.

Selain itu, penubuhan hisbah juga disifatkan amat perlu ketika ini untuk menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat mewujudkan sebuah pantadbiran yang telus dalam memegang amanah rakyat serta membezakan cara memerintah dengan Barisan Nasional.

Tuntutan kearah mewujudkan jawatankuasa hisbah turut disentuh oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang menggesa rasuah mesti dihapuskan secara total dinegeri Pakatan Rakyat dan memeranginyas mesti dijadikan keutamaan.

Walaupun tidak menyebut secara khusus mengenai penubuhan jawatankuasa hisbah, Nasruddin berkata kerajaan Pakatan Rakyat mestilah menggunakan kuasa semaksima mungkin yang ada demi melahirkan sebuah negeri yang baik termasuk melalui cara penguatkuasaan peraturan atau undang - undang .

"Tentu sahaja terdapat mereka yang sukar dibentuk dan didisiplinkan melalui pendidikan , sebalik mereka perlu peraturan untuk mengekang kemahuan mereka yang salah sekaligus mendisiplinkan mereka . Pastikan segala punca yang mencetus minda dan jiwa salah dalam diri masyarakat dapat disekat dan dihapuskan," katanya.

Kata beliau, bermula dengan mengekang rasuah yang merupakan amalan keji dan boleh meruntuhkan tamaddun atau peradaban manusia perlu diikuti dengan bertindak tegas terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran atau pemerintahan setelah kuasa kerajaan berada di tangan .

"Tentu sukar dan masih terlalu awal untuk kerajaan Pakatan Rakyat berubah dalam semua perkara , tetapi Pakatan Rakyat boleh bermula dalam perkara asas yang telah dipersetujui oleh semua parti secara asasnya dan kemudian secara sistematik bergerak perlahan tetapi terancang untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dan akhirnya layak serta wajar disokong oleh seluruh rakyat negara ini yang inginkan keadilan , keamanan dan kesejahteraan," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger