Home » » PAKATAN:Menjadi lebih kukuh

PAKATAN:Menjadi lebih kukuh

Written By canang on Khamis, 13 Ogos 2009 | 8/13/2009 08:24:00 PTG


PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, Pas dan DAP akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah tidak lama lagi.

Beliau yang juga ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun berkata perihal pendaftaran itu sedang dikaji oleh sekretariat pakatan itu.

"Sekretariat Pakatan Rakyat yang dianggotai Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Anthony Loke Siew Fok (Pengarah Pendidikan Politik DAP) sedang mengkaji dan akan melaporkan dalam mesyuarat yang akan datang. "Laporan itu ialah tentang bentuk pendaftaran Pakatan Rakyat, bagaimana boleh menyusun, mendaftar dan merasmikan kewujudan Pakatan Rakyat dan itu akan dikaji," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di Tropicana Golf and Resort di sini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger