Home » » Pas Selangor desak gugur Ronnie dari jawatan Exco

Pas Selangor desak gugur Ronnie dari jawatan Exco

Written By canang on Selasa, 4 Ogos 2009 | 8/04/2009 05:07:00 PTG

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri didesak untuk mengugurkan Ronnie Liu sebagai ahli Exco kerana tindakannya sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan timbulkan masalah kepada orang ramai.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, tindakan yang dilakukan oleh Ronnie sering kali memberi banyak masalah kepada banyak pihak.


“Tindakan terbaru yang dilakukan dengan mengarahkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), memulangkan minuman keras yang dirampas.


“Anggota terbabit menjalankan operasi dan mendapati ada peniaga yang melanggar peraturan, maka tindakan diambil, tetapi beliau (Ronnie) kemudianya mencampuri urusan berkenaan, ini adalah tindakan yang tidak wajar,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger